Rawatan

IVFku

Di IVFku kami menawarkan perkhidmatan IVF yang asas, ICSI (Intracytoplasmic sperm Injection) dan pemindahan embrio beku (Frozen embryo transfer). Sekiranya kami mendapati yang anda memerlukan rawatan yang lebih kompleks seperti donor dan ujian genetik (Preimplantation Genetic Diagnosis), kami akan merujuk anda kepada pakar kesuburan yang berkenaan.

Rejimen IVFku adalah mudah, ringkas dan singkat agar dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang melalui rawatan IVF. Kami prihatin yang IVF adalah satu pengalaman yang sukar. Oleh itu, rejimen IVFku yang ‘patient-friendly’ ini dapat mengurangkan bebanan tersebut untuk memudahkan perjalanan fertiliti anda.

IVF (In-Vitro Fertilisation)

IVF adalah kaedah di mana suntikan ubat diberikan kepada wanita untuk merangsangkan ovarinya supaya menghasilkan lebih banyak telur. Telur yang telah dirangsangkan ini akan diekstrak melalui prosedur yang dinamakan ‘oocyte retrieval’ di mana tebukan-tebukan halus dilakukan melalui faraj menggunakan jarum halus di dalam bilik pembedahan. Persenyawaan antara sperma dan telur akan dilakukan di dalam makmal oleh pakar embriologis. Embrio yang terbentuk akan dipindahkan ke dalam rahim wanita tersebut. Di IVFku, hanya dua embrio sahaja yang akan dipindahkan ke dalam rahim. Sekiranya terdapat lebihan embrio yang telah terhasil, ia akan dibekukan untuk kegunaan pada masa akan datang.

ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection)

Kaedah ICSI adalah satu teknik persenyawaan yang akan digunakan apabila terdapat masalah kualiti dan kuantiti sperma. Ianya melibatkan prosedur di mana pakar embriologis akan menyuntik satu sperma ke dalam satu telur. Embrio yang telah terbentuk akan dipindahkan ke dalam rahim.

FET (Frozen embryo Transfer)

Adalah prosedur di mana embrio yang telah dibekukan akan dinyahbekukan dan dipindahkan ke dalam rahim wanita tersebut pada waktu yang sesuai.


Kos