Kejayaan IVFku

IVFku bertujuan untuk mengurangkan ‘cost barrier’ yang dihadapi oleh pasangan yang memerlukan IVF. Salah satu cara untuk mengurangkan kos IVF ialah dengan mengurangkan jumlah penggunaan ubat suntikan untuk ransangan ovari yang berkos tinggi semasa IVF. Ia dikenali sebagai ‘Low stimulation’ IVF. Regimen IVFku ini telahpun lama digunakan di negara Jepun dan telah mendapat kejayaan dan respons yang memberangsangkan dari pesakit.

Regimen IVFku adalah unik

  • Rangsangan ovari adalah minimal dan lembut.
  • Regimen stimulasi minimal dan lembut ini akan menjana bilangan telur yang lebih rendah tetapi bermutu tinggi dan baik.
  • Penghasilan embrio yang lebih berkualiti
  • Kejayaan IVF yang memberansangkan

IVFku lebih praktikal dan ‘patient-friendly’

Pengurangan ubat hormon rangsangan ovari semasa rawatan IVF boleh mengurangkan kesan sampingan buruk seperti:

  • Gejala ‘Sindrom Hyperstimulasi Ovari’ dapat dielakkan
  • Kelesuan dan keletihan
  • Kembung perut
  • Ketidakstabilan emosi disebabkan paras hormon estrogen yang tinggi
  • Lebam-lebam dan alahan kulit disebabkan suntikan ubat hormon

Di samping itu,

  • Pengurangan pemantauan imbasan scan
  • Pengurangan pengambilan darah untuk ujian hormon
  • Pengurangan berulang-alik ke klinik untuk pemeriksaan doktor

Oleh itu, tidak hairan sekiranya kajian saintifik telah menunjukkan yang kadar ‘drop-out’ pesakit setelah menjalani regimen IVFku ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan konventional IVF.

Kriteria-kriteria pesakit yang lebih sesuai untuk menjalani rawatan IVFku

Memandangkan IVFku adalah ‘Low intensity’, ianya mungkin adalah lebih sesuai dilakukan oleh golongan wanita yang dijangka akan mempunyai jumlah bilangan telur yang memuaskan bagi penghasilan telur yang berkualiti. Kemungkinan juga, bagi wanita yang lebih berumur mereka terpaksa melalui beberapa kali ‘low intensity’ IVF sebelum beroleh kejayaan disebabkan telur yang berkuantiti dan berkualiti rendah. Oleh itu, sebelum menjalani rawatan IVFku pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan dia memenuhi kriteria-kriteria tertentu:

  • Umur kurang dari 32 tahun
  • Tidak mempunyai berat badan berlebihan
  • Mempunyai bilangan antral folikel yang memuaskan

Hubungi Kami