Soalan Lazim

Kos rawatan untuk IVFku adalah dari RM10,900 ke RM12,000. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci sila hubungi kami.
Memandangkan pengambilan ubat-ubatan yang diambil adalah sedikit, kesan-kesan sampingan seperti pening kepala, lebam-lebam kecil dan alahan kulit, keletihan, emosi tidak stabil, kembung perut dan pembengkakan pada payudara juga akan berkurangan. Anda boleh menjalankan rutin harian seperti biasa tetapi senaman berlebihan dan sukan ekstrem harus dielakkan.

Secara keseluruhan, rawatan IVF adalah selamat.

Terdapat satu sindrom yang dipanggil ‘Ovarian Hyper-Stimulation Syndrome (OHSS) yang mungkin berlaku di mana ovari seseorang wanita itu bertindakbalas secara berlebihan selepas mendapat ubat suntikan untuk merangsangkan ovari. Walau bagaimanapun, Pesakit yang menjalani IVFku akan mempunyai risiko OHSS yang sangat minima disebabkan pengurangan pengambilan ubat suntikan tersebut.

Soalan:
Adakah rawatan IVF akan mencederakan ovari saya?

Jawapan:
Tiada bukti saintifik yang mengaitkan rawatan IVF dengan kecederaan pada ovari. Ia juga tidak menyebabkan kanser, menopaus mahupun masalah seksual yang lain.

Apabila umur seseorang wanita meningkat, tahap kesuburan menurun.Tahap kesuburan menurun secara mendadak apabila umur seseorang wanita mencecah 35 tahun.

Risiko keguguran meningkat dengan peningkatan umur contohnya:

Umur Wanita <25 25–35 36–40 >40
Kadar keguguran 7% 10–15% 20–25% 30–50%

Bergantung pada

  • Usia anda
  • Punca ketidaksuburan
  • Bilangan telur yang diperolehi melalui suntikan hormon
  • Kualiti sperma pasangan
  • Bilangan dan kualiti embrio selepas IVF/ICSI
  • Kualiti embrio yang dipindahkan

Anggaran kadar kehamilan bagi wanita bawah 35 tahun adalah 60-65%. Walaubagaimanapun kadar ini menurun dengan peningkatan umur.

Tidak perlu, tetapi biasanya cuti sakit akan diberi selepas prosedur OPU dan ET. Tiada bukti saintifik yang menunjukkan berehat di atas katil meningkatkan kadar kehamilan selepas prosedur IVF-ET. Walau bagaimanapun, sebagai langkah selamat anda dinasihatkan untuk
berehat 48 jam selepas embrio dimasukkan ke dalam rahim.
Terdapat data saintifik yang kukuh membuktikan bahawa berfikiran positif mampu meningkatkan peluang untuk hamil. Ini juga bermaksud anda harus menjauhi situasi yang menjadi punca stres dan haruslah menangani stres dengan bijak.
Ya. Ini ialah kerana kerana berat badan yang tidak sesuai akan menyebabkan:
Kekerapan ovulasi berkurang atau tiada ovulasi

  • Haid yang tidak menentu dan/atau terlalu kerap dan banyak
  • Tidak berjaya hamil secara semulajadi
  • Ubat-ubatan untuk meransang ovulasi tidak berhasil
  • Risiko keguguran meningkat
  1. Pengambilan diet yang seimbang 3-4 bulan sebelum kehamilan akan meningkatkan tahap kesuburan dan kadar kelahiran. Ini terbukti bagi kedua-dua kehamilan semula jadi dan kandungan melalui kaedah rawatan reproduktif (IVF)
  2. Pengambilan vitamin asid folik boleh mengurangkan kecacatan bayi
  3. Pengurusan stres yang bijak meningkatkan kebarangkalian ovulasi dan kehamilan semulajadi
  4. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menjejaskan tahap kesuburan
  5. Merokok boleh mengakibatkan:
    • Meningkatkan risiko ketidaksuburan sebanyak 3 kali ganda
    • Menjejaskan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan ketidaksuburan
    • Meningkatkan risiko kandungan luar rahim
    • Meningkatkan risiko keguguran
    • Meningkatkan risiko mendapat kecacatan bayi